Logo Sekolah

Category: Uncategorised Published: Thursday, 23 January 2020 Written by Administrator

LENCANA

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(1) 

 

KETERANGAN LENCANA 

1. BENTUK DAN TULISAN

  • Bentuk bulat melambangkan kesepaduan segala tindakan, mementingkan perpaduan dan menunjukkan usaha yang berterusan tanpa sempadan.
  • Nama sekolah tertera di sekeliling bahagian dalam bulatan dan angka 2000 bermaksud tahun sekolah ditubuhkan.
  • Bulatan dalam dibahagi kepada tiga ruang bermaksud mementingkan tiga faktor utama kehidupan iaitu Ketuhanan, Alam dan Kemanusiaan.
  • Pembahagian ruang bulatan yang berbentuk T melambangkan penekanan kepada bidang Teknologi.
  • Bahagian bawah logo yang memuatkan moto sekolah menjadi asas yang kukuh kepada keseluruhan logo. Bahagian ini melambangkan usaha seluruh warga       sekolah menjulang wawasan menuju kecemerlangan.

 2. MAKSUD SIMBOL

  • Simbol MSC menunjukkan sekolah ini merupakan salah satu daripada aplikasi perdana Koridor Raya Multimedia.
  • Simbol pokok bermaksud mesra alam. Simbol tiga tiang bermaksud tiga matlamat utama pendidikan bestari iatu akses kendiri, terarah kendiri dan kadar kendiri.
  • Simbol buku dan glob bermaksud proses keilmuan tanpa sempadan.

 3. MOTO

ULUNG bermaksud kompleks sekolah yang pertama berkonsepkan pembestarian pengajaran dan pembelajaran.

UTAMA bermaksud sekolah ini sentiasa berusaha untuk melahirkan insan paling utama dan terkemuka dalam segala bidang.

UNGGUL bermaksud bahawa sekolah ini sentiasa bermatlamatkan kecemerlangan insan.

Hits: 14593