Home

Category: Uncategorised Published: Thursday, 23 January 2020 Written by Administrator

  

AKTIVITI, PENCAPAIAN DAN KECEMERLANGAN SMKPP8(1)

Klik   FACEBOOK atau INSTAGRAM SEKOLAH untuk melihat aktiviti dan kejayaan SMK Putrajaya Presint 8(1). Terima kasih.

 

MAKLUMAN TERKINI

MAKLUMAN AKTIVITI KOKURIKULUM MINGGU 09

Aktiviti Kokurikulum Minggu 09 2023/2024 bagi semua murid untuk Kelab Persatuan, Badan Beruniform dan Sukan Permainan adalah DITANGGUHKAN.    

MAKLUMAN PENDAFTARAN AKTIVITI KOKURIKULUM SESI 2023/2024

Pendaftaran Aktiviti Kokurikulum Sesi 2023/2024 bagi semua murid  untuk Kelab Persatuan, Badan Beruniform dan Sukan Permainan akan diadakan pada 21 MAC HINGGA 31 MAC 2023. Murid boleh layari laman di bawah untuk mendaftar. 

PENDAFTARAN KOKURIKULUM SESI 2023/2024

  UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK 2022/2023

Ujian/ Peperiksaan Akhir Sesi Akademik 2022/2023 diadakan bermula 06 JAN - 25 JAN 2022 (Menengah Atas - T4 & T5) dan 11 JAN - 18 JAN 2022 (Menengah Rendah - T1, T2, T3). Jadual UASA boleh dirujuk di bawah :

 >> PAUTAN JADUAL UASA 2022 <<

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN HEM, KOKURIKULUM DAN RIMUP/PERPADUAN 2022/2023

Majlis Anugerah Kecemerlangan akan diadakan pada hari RABU, 7 DISEMBER 2022 jam 11.15 PAGI hingga 2.15 PETANG.

 PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM TAHUN 2022

Peperiksaan Percubaan SPM Tahun 2022 diadakan bermula 7 NOV HINGGA 24 NOV 2022. Klik >> DI SINI untuk melihat jadual peperiksaan. 

PEMUKIMAN ILMU TING.5 BATCH VALOUR 2022/2023

Pemukiman Ilmu Tingkatan 5 (Batch Valour) akan diadakan bermula 27 Oktober 2022 hingga 29 Oktober 2022.

KARNIVAL KOKURIKULUM, HARI KOPERASI DAN RIMUP 2022/2023

PENTAKSIRAN PERTENGAHAN TAHUN 2022/2023

Pentaksiran Pertengahan Tahun 2022/2023 akan diadakan pada ketetapan berikut :

Ting 1, 2 & 3 : 12 SEPT hingga 19 SEPT 2022

Ting 4 dan 5 : 29 OGOS hingga 22 SEPT 2022.

Jadual ujian adalah seperti berikut :

TINGKATAN 1 - 3TINGKATAN 4 | TINGKATAN 5

KARNIVAL PERPADUAN BAHASA INGGERIS PERINGKAT PUTRAJAYA 2022/2023

Karnival Perpaduan Bahasa Inggeris Peringkat Putrajaya 2022/2023 akan diadakan bermula hari Isnin (26 Julai 2022) hingga Jumaat (29 Julai 2022). 

UJIAN DIAGNOSTIK 2022/2023

Ujian Diagnostik 2022/2023 akan diadakan bermula 30 MEI 2022 hingga 3 JUN 2022. Jadual ujian adalah seperti berikut :

TINGKATAN 1 - 3 |  TINGKATAN 4 | TINGKATAN 5

PELANCARAN PROGRAM NILAM DAN HIP 2022/2023

Pelancaran Program NILAM dan HIP bagi Kalendar Akademik Sesi 2022/2023 akan diadakan pada 26 April 2022 (Selasa), jam 7.30 hingga 8.30 pagi bertempat di Dataran Wawasan. 

SEKOLAHKU SEJAHTERA

Majlis Pelancaran Sekolahku SEJAHTERA disempurnakan oleh YB Datuk Dr Radzi Jidin, Menteri Kanan Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 21 Februari 2022. Terdapat 14 elemen yang diterapkan bagi pelaksanaan inisiatif Sekolahku SEJAHTERA yang merangkumi aspek Selamat, Seronok, Sihat, Etika, Empati, Jati Diri, Adab Sopan, Harmoni, Tekun, Teliti, Terampil, Eksplorasi, Rasional dan Artikulasi

Klik ~ DI SINI ~ untuk mengetahui maksud SEJAHTERA

PENDAFTARAN KOKURIKULUM SESI 2022/2023

Pendaftaran Kokurikulum murid untuk Kelab & Persatuan, Sukan & Permainan dan Badan Beruniform bagi Kalendar Akademik Sesi 2022/2023 akan diadakan pada 29 MAC 2022 (SELASA) HINGGA 31 MAC 2022 (KHAMIS). Klik pautan di bawah untuk membuat pendaftaran.
PENDAFTARAN KOKURIKULUM 

Mula pendaftaran : 29/3/2022 (3 ptg)
Tamat pendaftaran : 31/3/2022 (3 ptg)

PROGRAM BICARA KASIH TINGKATAN 1 & PROGRAM PEMILIHAN ELEKTIF TINGKATAN 4 2022/2023

Program Bicara Kasih Tingkatan 1 dan Program Pemilihan Elektif Ting 4 diadakan bermula 21 MAC 2022 (ISNIN) HINGGA 25 MAC 2022 (JUMAAT). Klik pautan di bawah untuk mencapai jadual program.

TING 1 >> JADUAL PROGRAM BICARA KASIH

TING 4 >> JADUAL PEMILIHAN ELEKTIF TING 4

JADUAL KELAS TAMBAHAN & SINAR SABTU TINGKATAN 5 2022

Kelas Tambahan dan Sinar Sabtu tingkatan 5 akan diadakan pada ketetapan di bawah. Sila klik pautan untuk merujuk jadual tersebut.

26 FEB - 28 MAC >> JADUAL KELAS PECUTAN SPM

24 JAN - 25 FEB >> JADUAL KELAS TAMBAHAN SIRI 2

10 JAN - 22 JAN >> JADUAL KELAS TAMBAHAN SIRI 1

PENTAKSIRAN KOMPETENSI DAN LITERASI SEK MENENGAH (PKLSM) 2021

Pentaksiran Kompetensi dan Literasi Sekolah Menengah (PKLSM) 2021 melibatkan 2 kelas tingkatan 3. Pentaksiran akan diadakan pada hari Jumaat (26/11/2021) dan Isnin (29/11/2021) jam 7.30 pagi.

>> PAUTAN PKLSM 2021 <<

MANUAL PENGOPERASIAN PdP SECARA PENGGILIRAN

Kementerian  Pendidikan Malaysia telah mengumumkan pembukaan sekolah secara berperingkat mengikut fasa Pelan Pemulihan Negara mulai 3 Oktober 2021. Murid-murid tingkatan 5 SMKPP8(1) akan hadir ke sekolah bermula 18 Oktober 2021. Sila klik dokumen di bawah untuk melihat Manual Pengoperasian Pengajaran dan Pembelajaran Secara Penggiliran.

HARI BERTEMU PELANGGAN SMKPP8(1)

Sekolah akan mengadakan Hari Bertemu Pelanggan secara dalam talian pada 17 SEPTEMBER 2021 (JUMAAT) jam 9.00 PAGI. Ibu bapa / penjaga serta murid akan diberi jadual slot masa untuk berinteraksi dengan guru kelas bagi memastikan perjumpaan berjalan lancar. Ibu bapa digalakkan menggunakan e-mel MOE murid untuk memudahkan perbincangan. Sila berhubung dengan guru kelas sekiranya tuan/ puan tidak dapat berada di atas talian  pada slot yang telah ditetapkan.

SEMARAKKAN SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN 2021 SMKPP8(1)

"Malaysia Prihatin" merupakan tema sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2021. Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2021, Bidang Kemanusiaan SMKPP8(1) telah merencanakan pelbagai aktiviti bagi menyemarakkan lagi Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat Sekolah pada tahun ini.

Aktiviti dan pertandingan yang diadakan sepanjang Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat Sekolah Tahun 2021 ini dilaksanakan dengan pendekatan baharu, sesuai dengan amalan norma baharu Pandemik COVID-19. Selamat Menyambut Hari Kebangsaan & Hari Malaysia

Klik  BUKU PROGRAM untuk melihat aktiviti / pertandingan yang dijalankan sepanjang Bulan Kebangsaan.

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN 2021 SMKPP8(1)

Majlis Anugerah Kecemerlangan 2021 akan diadakan pada 20 OGOS 2021 (SABTU), jam 9.30 - 11.30 PAGI di medium Youtube Live SMKPP8(1) Channel. Dijemput Y.M / YBhg. Dato / Datin / YBrs Dr / Tuan / Puan mengikuti majlis tersebut secara dalam talian. Semoga kehadiran Y.M / YBhg. Dato / Datin / YBrs Dr / Tuan / Puan akan memeriahkan lagi majlis ini. 

Pautan Youtube Live => https://www.youtube.com/watch?v=DLAhkw5p-1Q

Buku Aturcara => https://anyflip.com/ojgjb/xrxo/

CERAMAH AWAL MUHARRAM 1443H

Satu ceramah Awal Muharram 1443H akan diadakan pada 10 OGOS 2021 (SELASA), jam 9.00 - 10.30 PAGI di medium Youtube Live SMKPP8(1) Channel dan disampaikan oleh Ustaz Affuan bin Che Mansor, Ahli Panel Tanyalah Ustaz dengan tajuk "Bicara Ilahi dalam Penjara PKP". Semua ibu/bapa, guru-guru, PIBG, murid-murid dan penonton dijemput untuk bersama-sama hadir ke majlis di pautan https://youtu.be/kC5cVgBgdig

MAKLUMAN UJIAN INTERVENSI 2021

Ujian Intervensi akan diadakan bermula 9 OGOS HINGGA 16 OGOS (Menengah Rendah) dan 9 OGOS HINGGA 18 OGOS 2021 (Menengah Atas). Di bawah adalah jadual Ujian mengikut tingkatan.

TING. 1 | TING. 2 | TING. 3 | TING. 4 | TING. 5

MAKLUMAN PERJUMPAAN KOKURIKULUM 2021

Aktiviti kokurikulum 2021 telah memenuhi ketetapan yang dikeluarkan iaitu 5 kali perjumpaan berdasarkan surat rujukan KPM. 600-4/1/1 JLD() bertarikh 25 Jun 2021. Oleh itu, perjumpaan Aktiviti Kokurikulum bagi tahun 2021 adalah DITANGGUHKAN.

**Murid-murid boleh menyertai apa juga pertandingan atau penglibatan dalam aktiviti secara atas talian**

Jom sertai Pencarian Bakat All Star Challenge : Lakukan pra-pendaftaran di www.milo.com.my sepanjang
tempoh pertandingan daripada 19 Julai 2021 sehingga 1 September 2021

Cabaran Baca Beritahttps://mylink.la/cabaranberita2021 (Penyertaan peringkat kebangsaan)

 

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN BADAN KEPIMPINAN MURID SMKPP8(1) 2021

Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Badan Kepimpinan Murid SMKPP8(1) akan diadakan pada 9 JULAI 2021 (JUMAAT), jam 3.00 PETANG di medium Youtube Live SMKPP8(1) Channel. Semua murid diminta hadir dengan melihat majlis di pautan https://www.youtube.com/watch?v=mQKUWQJQrBs dan borang kehadiran akan diberi semasa majlis untuk mendapatkan sijil penyertaan. Terima kasih

MAKLUMAN KEPUTUSAN SPM 2020

 

MAKLUMAN SIDANG MEDIA KHAS, MENTERI KANAN PENDIDIKAN

Makluman sidang media khas, Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin telah didakan pada 6 Jun 2021 (Ahad). Bahan makluman boleh dicapai di bawah:

>> BAHAN MAKLUMAN <<

CERAMAH NUZUL AL-QURAN 1442H / 2021

Ceramah Nuzul Al-Quran akan diadakan menerusi Youtube Live pada 29 April 2021 / 17 Ramadan 1442H pada jam 10.00 pagi. Semua warga sekolah, murid-murid, dan ibu bapa boleh menonton ceramah melalui pautan https://www.youtube.com/watch?v=J3ZrWSnPQD0

MAKLUMAN PERJUMPAAN KOKURIKULUM 2021

Aktiviti Kokurikulum pada hari SELASA dan RABU DITANGGUHKAN SEPANJANG BULAN RAMADAN. Aktiviti kokurikulum akan dilaksanakan selepas bulan Ramadan. Pihak sekolah akan memaklumkan tarikh dan masa pelaksanaan kemudian. Murid-murid boleh pulang ke rumah selepas tamat waktu persekolahan. 

Pada setiap hari Rabu, murid-murid dikehendaki memakai baju unit beruniform yang lengkap. Sekiranya ada subjek PJK, murid-murid boleh memakai t-shirt PJK daripada rumah.

INFO SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

Disertakan slaid makluman untuk rujukan ibu bapa dan murid-murid sebagai persediaan untuk kembali ke sekolah.

>> TAKLIMAT PEMBUKAAN SEKOLAH 2021 <<

 >> MASA PERSEKOLAHAN 2021 <<

CABARAN VIRTUAL RUN EIGHT ONE 2021 (CVREO2021)

SMKPP8(1) menganjurkan Cabaran Program Virtual Run Eight One 2021 dengan kerjasama PIBG SMKPP8(1). Program ini TERBUKA kepada SEMUA MURID, GURU, STAF dan IBU BAPA diadakan mengikut ketetapan di bawah :

Klik  SYARAT DAN PERATURAN CVREO2021 untuk menyertai cabaran ini.

Jarak larian : 6KM (Murid) dan 12KM (keluarga)

Tempoh larian dan penghantaran bukti larian : 21 Mac hingga 10 April 2021

Tarikh pendaftaran : 19 Mac hingga 10 April 2021, DAFTAR SEGERA!!

Klik  BORANG PENDAFTARAN. PENDAFTARAN ADALAH PERCUMA.

REKOD LARIAN anda / LARIAN TERKUMPUL menggunakan APLIKASI STRAVA

Klik  DI SINI untuk HANTAR BUKTI LARIAN ANDA.

PERJUMPAAN KOKURIKULUM MINGGU 11 / 2021

Perjumpaan Sukan Permainan Bil 4/2021  6/4/2021 (Selasa). Tugasan diberi melalui google classroom. Klik Laman Koko untuk mencapai GC kelab masing-masing.

Perjumpaan Kelab Persatuan Bil 3/2021  7/4/2021 (Rabu). Ceramah Kepimpinan diadakan melalui FB LIVE. Murid-murid diminta klik pautan => https://www.youtube.com/watch?v=XL5w7HkD7f0 untuk menyertai aktiviti dan mengisi kehadiran kelab.

Masa : 3.30 - 5.00 petang

PERASMIAN PROGRAM NILAM DAN HIP 2021

Majlis Pelancaran NILAM dan HIP (Highly Immersive Programme) Peringkat Sekolah Tahun 2021 akan diadakan pada 6 Mac 2021 (Sabtu), jam 3.00 petang di saluran Youtube SMKPP8(1) Channel. Semua guru, ibu bapa, penjaga dan murid-murid dijemput menyaksikan program melalui pautan https://www.youtube.com/watch?v=UHS-sNOOu6I. Pautan kehadiran akan diberi semasa majlis tersebut.

MAKLUMAN PEMBUKAAN SEKOLAH 2021

Merujuk kepada Sidang Media Menteri Kanan Pendidikan pada 19 Februari 2021, semua murid akan memulakan sesi persekolahan pada hari ISNIN, 05 APRIL 2021. Sila klik bahan di bawah untuk rujukan pembukaan sekolah.

SLAID MAKLUMAN PEMBUKAAN SEKOLAH 2021

PEMULANGAN DAN PENGAMBILAN BUKU TEKS 2021

Tarikh pemulangan dan pengambilan buku teks akan dijalankan pada hari ISNIN HINGGA RABU, 15 - 17 FEBRUARI 2021. Klik DI SINI untuk melihat surat pemakluman dan jadual pemulangan dan pengambilan buku teks KPM 2021. 

SESI PEMBELAJARAN AWAL PERSEKOLAHAN 2021

Merujuk kepada Rumusan Pengoperasian Institusi Pendidikan KPM dalam Sidang Media Menteri Kanan Pendidikan pada 12 Januari 2021, semua murid akan memulakan sesi persekolahan pada hari RABU, 20 JANUARI 2021. Sesi pembelajaran akan dijalankan mengikut kaedah yang ditetapkan oleh KPM.

TING 5 (2020) & TING 5 (2021) SESI PERSEKOLAHAN SECARA BERSEMUKA

TING 1 & TING 4 : PDPR (SEHINGGA TAMAT PKP)

TING 2 & TING 3 : PDPR (SEHINGGA 8 MAC 2021)

Walau bagaimanapun, kaedah ini tertakluk kepada situasi semasa dan sebarang perubahan yang berlaku akan dimaklumkan oleh KPM terlebih dahulu. Terima kasih.

MAKLUMAN KOPERASI SMKPP8(1) 2021

MAKLUMAN CUTI PENGGAL PERSEKOLAHAN 2021

Persekolahan akan bermula pada 20 JANUARI 2021.

Murid yang terlibat dengan PEMBELAJARAN SECARA BERSEMUKA ialah TING 1, TING 4, TING 5 (2020) dan TING. 5 (2021)

Murid yang terlibat dengan HOME-BASED LEARNING  ialah TING. 2 & TING 3

Tarikh kemasukan murid Ting. 1 & Ting. 4 (2021) akan diumumkan kelak.

SEMARAKKAN BULAN KEBANGSAAN 2020 

Aktiviti dan pertandingan yang diadakan sepanjang Sambutan  Bulan Kebangsaan peringkat sekolah tahun 2020 dengan pendekatan di bawah amalan norma baharu. Sambutan di peringkat sekolah memfokuskan aktiviti yang tidak melibatkan kumpulan yang ramai bagi mencegah penularan COVID-19. Rujuk banner di bawah  untuk melihat pertandingan yang diadakan. ~Selamat Menyambut Bulan Kebangsaan & Hari Malaysia 2020 ~

#malaysiaprihatin    #hebatkanEightOne    #hebatkanPutrajaya

 JOM KEMBALI KE SEKOLAH. NORMA BAHARU EIGHTONE

Sempena Jom Kembali ke Sekolah pada hari RABU, 24 JUN 2020 semasa waktu Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), pihak sekolah telah menyediakan buku panduan dan video simulasi tatacara murid kembali ke sekolah. Klik dokumen di bawah untuk merujuk tatacara daripada mula hadir sekolah hingga tamat waktu  persekolahan yang boleh dijadikan panduan kepada warga SMKPP8(1).

BUKU PANDUAN       VIDEO SIMULASI

 MAJLIS SAMBUTAN ULANG TAHUN KELAHIRAN BATCH IRIDESCENT 2020 

Majlis Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Batch Iridescent tahun 2020 akan diadakan pada hari JUMAAT, 10 JULAI 2020 jam 10.30 PAGI HINGGA 12.30 TENGAH HARI bertempat di DATARAN WAWASAN SMKPP8(1)

JADUAL UJIAN DIAGNOSTIK TINGKATAN 5 2020

Ujian Dignostik Tingkatan 5 akan diadakan bermula 6 JULAI hingga 15 JULAI 2020. Klik  DI SINI untuk melihat jadual ujian. 

PEMENANG PERTANDINGAN VIDEO TAZKIRAH RAMADHAN 2020

Pada bulan Ramadhan, Panitia Pendidikan Islam telah menganjurkan Pertandingan Video Tazkirah Ramadhan 2020. Untuk mengetahui PEMENANG PERTANDINGAN VIDEO, SILA KLIK  

JADUAL E-PDPC SEPANJANG PKP 2020

Jadual e-PdPC sepanjang PKP ini akan dilaksanakan bermula pada hari Isnin, 27 April 2020. Sila klik jadual di bawah untuk melihat jadual menengah atas dan menengah rendah. 

e-PdPc Menengah Rendah   |    e-PdPc Menengah Atas

 IHYA' RAMADHAN 1441H / 2020M

BUKU PROGRAM : Klik https://anyflip.com/lmjc/oczr/ untuk melihat aktiviti sepanjang bulan Ramadhan dalam suasana PKP bagi warga SMKPP8(1)

 VIDEO TAZKIRAH RAMADHAN

 VIDEO TAZKIRAH #01  (USTAZ MOHD AMIN B. MOHD TAHIR) 
VIDEO TAZKIRAH #02 (USTAZ WAN HUSSIN B. WAN MUHAMMAD)

 VIDEO TAZKIRAH #03 (USTAZ KHAIRUL ASMADI B. ABD WAHAB)

 

Hits: 130123