Sejarah Sekolah

Category: Uncategorised Published: Friday, 17 January 2020 Written by Administrator

SEJARAH SEKOLAH

SEJARAH LATAR BELAKANG SMK PUTRAJAYA PRESINT 8(1)

NAMA SEKOLAH (ASAL): SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA 1, PRESINT 8, PUTRAJAYA

NAMA SEKOLAH (BARU) : SMK PUTRAJAYA PRESINT 8 (1), PRESINT 8, PUTRAJAYA

Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 8(1) adalah Sekolah Bestari (Smart School) yang merupakan salah satu daripada tujuh Aplikasi Perdana Koridor Raya Multimedia, selain daripada tele-medicine, kerajaan elektronik, kluster penyelidikan dan perkembangan (R&D), kad pelbagai guna pertama di dunia, pusat prasarana tanpa sempadan dan ’world wide manufacturing web’. Konsep Sekolah Bestari (Smart School) telah menyebabkan lahirnya SMK Putrajaya Presint 8(1) di lanskap Koridor Raya Multimedia (MSC) . Dengan prasarana yang lengkap dan sebagai ’showcase’ negara, sekolah ini menjadi pusat lawatan penanda aras “benchmarking” Sekolah Bestari Contoh level A, dari dalam dan luar negara.

Pembinaan bangunan sekolah ini telah bermula pada tahun 1998 dan sekolah telah siap untuk beroperasi pada 17 Januari 2000. Kumpulan perintis terdiri daripada 12 orang guru dan 30 orang pelajar telah melapor diri pada 14 Januari 2000. Pada akhir tahun 2000, terdapat seramai 350 pelajar daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 5.

Sekolah ini mempunyai 40 buah bilik darjah. Semua bilik darjah dilengkapi dengan 7 komputer (6 untuk pelajar dan 1 untuk guru) tiap-tiap satu. Terdapat 4 buah makmal komputer yang mempunyai 36 buah komputer setiap satu. Sebagai Sekolah Bestari Projek Rintis (tahun 2000), sekolah ini telah dilengkapi dengan 535 buah komputer dengan rangkaian internet LAN dan WAN. Sekolah ini telah membuka kelas tingkatan 6 mulai tahun 2003 dan kumpulan pelajar pertama telah menduduki peperiksaan STPM pada tahun 2004. Sekolah ini adalah satu-satunya sekolah yang menawarkan kelas tingkatan 6 di Putrajaya yang terdiri daripada dua kelas aliran Sastera dan sebuah kelas aliran Sains.

Nama sekolah ini telah ditukar daripada SMK Putrajaya 1, Presint 8 kepada SMK Putrajaya Presint 8(1) secara rasminya pada 9 Oktober 2007. Secara pentadbiran, sekolah ini terletak di bawah pengurusan Pejabat Pelajaran Daerah Sepang, Selangor dari tahun 2000 hingga 2006 dan mulai Januari 2007 sekolah ini ditukarkan di bawah pentadbiran Pejabat Pelajaran Wilayah Persekutuan Putrajaya (PPWPP).

Hits: 162